Diadakan seminar 400 Tahun Sulalatussalatin atau Penurunan Segala Raja-raja (Sejarah Melayu), 2 hari lepas di Dewan Bahasa dan Pustaka. Itulah seperti yang pernah dicatatkan oleh sejarah turun naik sosok atau apa jua yang terlibat mengiring kita santapan bebal Orang-orang Kaya Melayu dalam menerus kekuasaan. Orang Melayu, beritahu dunia cara anda mencari bahasa jiwa bangsa. Bukan saya maksudkan dengan Bahasa Melayu tetapi suara nurani seorang Melayu.
Apakah bahasa nurani Orang Melayu..?
Orang Melayu memilikinya walaupun perkataan dipacul senyap dan sepi. Orang-orang Kaya Melayu ketika sejarah merakam gelagat sombong mereka yang jatuh serta berputar didalam gelombang kepentingan kuasa diluar jasad-jasad akal suci Melayu Hamba mewajahkan diri mereka dengan jelas sejak berzaman tetapi sayang masih tidak dapat difahami oleh Minda Melayu Hamba.
Sebahagian Melayu Hamba yang ‘cerdik’ mencari bahasa jiwa dengan sebati bersama Orang-orang Kaya Melayu samada secara terpaksa atau memaksa. Bagi Melayu Hamba yang lain, mereka menyelongkar segala yang menyurat tersirat dengan mendengar, mengadakan perjuangan atau setidak-tidaknya menuliskan senandung puisi dan karangan baharu lalu berirama dengannya.
Barangkali ada juga yang melangsungkan keinginan dalam bahasa memaniskan jiwa dalam menyampaikan hasrat sebagai pengantara ketika tiada lagi kesedaran untuk diertikan lalu berdukalah anak bangsa tatkala penyesalan sudah memati asa putera dan puteri dan sesetengahnya pula mengambil pendirian yang seakan kedua tadi, menghambat diri terlibat jiwa raga dalam aksi bahaya langsung terjun ke jurang pertembungan walau ia mengambil masa yang lama.
Jadi, tiada siapa yang tidak menyangkal adanya khianat Orang-orang Kaya untuk kita percaya pada golongan mereka yang lebih rendah darjat daripada Tuhan Yang Maha Esa tetapi mengganggap diri umpama berhala memegang tampuk kuasa dan sewenang-wenangnya mengatur urusan dunia menurut pandangan mereka. Merekalah yang konon dikata dewa-dewa yang hidup sejoli bulan dan matahari bahagia atas kesusahan manusia.
Terang alam buat seisinya, bahawa perubahan atau kekuasaan yang diberikan kepada Orang-orang Kaya Melayu, mereka tidak semuanya berjaya amanah dalam melaksanakan hal-hal tersebut sebaliknya mereka hanya mencipta fenomena buat pentaksub dari kalangan Melayu Hamba. Bukanlah kita ini Iblis jika asyik menyangkal dan bertanya tentang urusan ini jika jelas nasib malang bangsa makin terabai, jatuh hina dengan sedemikian rendah hanya kerana dosa-dosa dari semangat makhluk konon bijaksana.
Melayu Hamba wajar ikut serta didalam pertarungan moden, usah berfikir mengenai menang atau kalah kerana yang dikatakan Pahlawan tidak hanya memikirkan perkara itu melainkan mengotakan ikrar menolak segala bencana dalam membangun hidup yang damai dan sejahtera.