Jumaat, 25 Mei 2012

JIKA AKU



Ulul Albab adalah orang-orang yang ahli dalam soal berfikir, merenung, berakal dan memiliki pandangan ke depan dan yang tidak melihat tujuan dari penciptaan dan bertindak hanya sekadar tidur dan makan. Orang-orang seperti ini dalam segala posisi sentiasa mengingati Allah s.w.t dalam keadaan sibuk mahupun ketika istirehat dan menyebut-Nya dengan lisan serta berfikir dalam penciptaan langit dan bumi dan mereka berucap kepada Allah s.w.t demikian:

رَبَّنا ما خَلَقْتَ هذا باطِلاً سُبْحانَكَ فَقِنا عَذابَ النَّارِ

رَبَّنا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَ ما لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصارٍ

رَبَّنا إِنَّنا سَمِعْنا مُنادِياً يُنادِي لِلْإِيمانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنا فَاغْفِرْ لَنا ذُنُوبَنا وَ كَفِّرْ عَنَّا سَيِّئاتِنا وَ تَوَفَّنا مَعَ الْأَبْرارِ

رَبَّنا وَ آتِنا ما وَعَدْتَنا عَلى رُسُلِكَ وَ لا تُخْزِنا يَوْمَ الْقِيامَةِ إِنَّكَ لا تُخْلِفُ الْمِيعادَ.

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya barang siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun.
 

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman (iaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan-mu", maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti.
 

Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji."[1]
 

Sebagaimana yang dapat disaksikan bahawa do'a ini adalah umum dan tidak dikhususkan untuk orang tertentu. Ketika do'a ini dibaca dengan sepenuh hati maka keterkabulannya adalah pasti.

[1] QS. Ali ‘Imran (3): 191 – 194...

Selasa, 15 Mei 2012

PESAN BONDA

Sayyidah Fatimah Az-Zahra s.a berkata:

Al-Quran mengandungi dalil-dalil serba jelas dan sempuma, penuh dengan fadhilah dan kemuliaan yang dilimpahkan kepada manusia dan Al-Quran juga menggariskan syariat agama. Allah kemudian menjadikan iman sebagai pembersih diri kita semua dari syirik sekaligus menjadikan shalat sebagai jalan untuk menjauhkan diri dari maksiat dan menjadikan zakat sebagai pembersih jiwa serta menumbuhkan rezeki. Menetapkan puasa untuk memantapkan kejujuran dan keikhlasan. Menjadikan ibadah haji untuk mengukuhkan syiar agama dan menjadikan keadilan untuk menyatukan hati manusia.

Pun menjadikan ketaatan kepada kami sebagai peraturan di dalam agama dan kepemimpinan kami sebagai pengamanan dari perpecahan dan menjadikan jihad sebagai kemuliaan Islam dan sebagai kehinaan bagi keingkaran dan kemunafikan serta menjadikan kesabaran sebagai cara untuk memperoleh pahala.

Allah menjadikan amar-makruf nahi-munkar sebagai cara untuk menjamin kemaslahatan umum. Allah juga menjadikan bakti kepada ibu-bapa sebagai penjaga manusia dan Allah menjadikan silaturrahim sebagai jalan untuk memperoleh ketenteraman sepanjang hidup.
Allah mengadakan hukum qisas untuk meniadakan pertumpahan darah. Allah menjadikan kesetiaan menunaikan nazar sebagai pengantar ke pintu pengampunan (maghfirah). Allah menetapkan keharusan menyempurnakan “sukatan” dan timbangan untuk melenyapkan penipuan.

Allah melarang tuduhan palsu tentang perbuatan zina agar manusia terhindar dari kutukan Allah. Allah melarang perbuatan mencuri untuk menjamin kebersihan diri. Allah mengharamkan syirik agar manusia berhati ikhlas dan jujur terhadap Allah...

Khamis, 10 Mei 2012

INSAN IDAMAN



Insan dilahirkan dengan cinta. 
Agama diturunkan dalam cinta.
Dan hidup jadi indah dengan cinta.
Tapi cinta dengan cinta tidaklah sama.

Ada cinta kerana Allah.
Ada cinta dalam panduan syaitan.
Dan cinta akan selamat dalam panduan Zat yang punya keselamatan.
Jika sarang cinta adalah qalbu, maka dekatkan qalbu kepada Allah Azza wa Jalla agar qalbu menjadi bersih, agar cinta menjadi murni.

Sedangkan cinta antara lelaki dan perempuan adalah bahagian dari perhiasan dunia. Jika dirawat dengan iman dan taqwa akan menjadi perhiasan akhirat.
Dalam hati yang bertauhid, suami bukan pujaan dan isteri bukan idaman.
Dalam tauhid, suami isteri adalah teman berjama'ah.
Dalam mengagungkan Allah, suami adalah imam dan isteri adalah makmum.

Dalam keluarga yang mengagungkan Allah Azza wa Jalla, rumah akan dihiasi dengan keindahan shalat, tempat tinggal akan diharumkan dengan aroma Al-Qur'an, suami mencari nafkah untuk anak isteri menjadi amal soleh, isteri tersenyum kepada suami akan menjadi sedekah.
Alangkah indah hati yang beriman, cinta pun mekar dalam damai.
Sehingga rumah menjadi cerminan syurga.
Andai suatu saat terpaksa bertengkar, tidak membuat rumah tangga bubar, bertengkar dalam cinta sejati.
Bertengkar yang diselimuti iman dan taqwa akan memperbaharui cinta itu sendiri.

Suami isteri dua butir embun yang bersatu dalam sekuntum mawar.
Suami menitiskan keringat kerja, isteri berdo'a dalam hati yang berbunga. Langkah diayun bersama menuju redha Illahi.
Dua jiwa bersatu dalam taqwa akan menjadi mempelai cinta.

Cinta akan segar sampai akhir hayat, bahkan ke syurga pun di atas perkampungan yang kerikilnya terdiri dari batu-batu permata.
Dalam redha Allah s.w.t, akan tetap menjadi pengantin abadi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.