Khamis, 10 Mei 2012

INSAN IDAMAN



Insan dilahirkan dengan cinta. 
Agama diturunkan dalam cinta.
Dan hidup jadi indah dengan cinta.
Tapi cinta dengan cinta tidaklah sama.

Ada cinta kerana Allah.
Ada cinta dalam panduan syaitan.
Dan cinta akan selamat dalam panduan Zat yang punya keselamatan.
Jika sarang cinta adalah qalbu, maka dekatkan qalbu kepada Allah Azza wa Jalla agar qalbu menjadi bersih, agar cinta menjadi murni.

Sedangkan cinta antara lelaki dan perempuan adalah bahagian dari perhiasan dunia. Jika dirawat dengan iman dan taqwa akan menjadi perhiasan akhirat.
Dalam hati yang bertauhid, suami bukan pujaan dan isteri bukan idaman.
Dalam tauhid, suami isteri adalah teman berjama'ah.
Dalam mengagungkan Allah, suami adalah imam dan isteri adalah makmum.

Dalam keluarga yang mengagungkan Allah Azza wa Jalla, rumah akan dihiasi dengan keindahan shalat, tempat tinggal akan diharumkan dengan aroma Al-Qur'an, suami mencari nafkah untuk anak isteri menjadi amal soleh, isteri tersenyum kepada suami akan menjadi sedekah.
Alangkah indah hati yang beriman, cinta pun mekar dalam damai.
Sehingga rumah menjadi cerminan syurga.
Andai suatu saat terpaksa bertengkar, tidak membuat rumah tangga bubar, bertengkar dalam cinta sejati.
Bertengkar yang diselimuti iman dan taqwa akan memperbaharui cinta itu sendiri.

Suami isteri dua butir embun yang bersatu dalam sekuntum mawar.
Suami menitiskan keringat kerja, isteri berdo'a dalam hati yang berbunga. Langkah diayun bersama menuju redha Illahi.
Dua jiwa bersatu dalam taqwa akan menjadi mempelai cinta.

Cinta akan segar sampai akhir hayat, bahkan ke syurga pun di atas perkampungan yang kerikilnya terdiri dari batu-batu permata.
Dalam redha Allah s.w.t, akan tetap menjadi pengantin abadi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.