Khamis, 20 September 2012

"INNOCENCE OF MUSLIMS": ANTARA AMARAH & THEOLOGI

Beberapa ketika ini umat Islam menunjukkan seolah wujud persatuan dalam mewajahkan kemarahan di atas penghinaan terhadap Nabi Muhammad (Shalawat & Salam kepada Baginda serta Ahlul Baytnyamelalui penyebaran filem terkutuk “Innocence of Muslims” dengan menganjurkan unjuk rasa, ditujukan amarah tersebut kepada Kedutaan Syaitan Besar Amerika Syarikat.


Menonton rakaman video dan rekod foto demonstrasi di serata lokasi membuatkan jiwa ini berkobar-kobar hendak turut serta namun hati ini kurang senang melihat gelagat sebilangan kecil masharakat Islam kerana tanpa sedar mereka telah mempromosi perkara salah kepada dunia seperti keganasan yang melampaui batas.

Kepada yang cenderung hatinya terhadap kedamaian Islam, saya ingin paparkan pesanan, turuti etika dan adab Nabi Muhammad s.a.w dalam berhadapan karenah musuh-musuh. Cara terbaik untuk bertindak balas kepada pembencinya adalah dengan mengamalkan pekerti mulia Baginda Rasul s.a.w dan melaksanakan ajarannyadalam kehidupan seharian kita.

Saya fikir adalah lebih baik kita ciptakan keadaan yang damai agar mereka sedarbahawa penghinaan mereka hanya akan membuatkan cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w selama-lamanya akan lebih meningkat tinggi dan kita akanmenyebarkan pula mesej KEADILAN SEJAGAT kepada umat manusia dengan keazaman dan keyakinan yang lebih baik.

Masharakat Islam harus fokus kepada doktrin Theologi iaitu Keimanan dan Shakhsiyyah yang akan melahirkan Contoh Muslim yang idealYa Illahi Ya Maula Ya Rabbi, Tuhan yang mentadbirkan sekalian alam... hidupkanlah hati kami ini dengan cinta penghormatan atas ehsan...


Jumaat, 14 September 2012

APA KATA MEREKA

Tergamam menatap berita-berita terbaru mengenai penghinaan ke atas Nabi Mohammed s.a.w. Lebih dahsyat dengan kemunculan filem pula (Innocence of Muslims)... Nah..! Tonton video di bawah, beberapa petikan kata-kata daricendekiawan bukan Islam tentang sosok yang kita kasihi Nabi Mohammeds.a.w...

Sebarkan, agar dunia tahu apa yang Baginda Rasul s.a.w benar-benar  perjuangkan dan dicapai untuk manusia bukannya meninggalkan arena untukdibenci menerusi promosi agenda Islamophobia mereka yang bankrap.


Khamis, 6 September 2012

REVOLUSI ETIKA


Awal pagi ini, saya lamani blog MalaysiaKini, antara pos terbaru berkenaan komen Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khalid Nordin yang ditujukan kepada seorang Mahasiswa muda setelah di berhentikan serta merta oleh pihak Kolej atas kesalahan tunjuk punggung semasa acara 'Janji Demokrasi' malam 30 Ogos lalu di Kuala Lumpur.

Dalam menilai piawaian yang baik dan buruk dalam tingkah laku kolektifmasharakat secara keseluruhannya, saya lihat hanya mereka masharakatpemerintah dan kelompok penyokongnya sahaja seolah-olah telah dianggaplayak diberi penghormatan tanpa perlu rasa gusar terhadap undang-undang biarpun kerap melakukan provokasi.

Saya walaupun menganggap diri bukan lagi sebagai individu yang berpihak kepada Pakatan Rakyat dalam kebanyakan hal merasakan sudah tiba masanya untuk Malaysia memiliki kebaikan berorganisasi, disiplin masharakat yang diberi perhatian, kompas demokrasi yang tepat dan hidup dalam kebersamaan misi. Semua ini mesti ditubuhkan dengan susunan ketenteraman sosial yangberdasarkan keadilan, kebebasan dan kesaksamaan. 

Ketidakdisiplinan, sikap anarkis, perpecahan, ketidakadilan dan keistimewaansosial sesetengah puak akan sentiasa dianggap manifestasi kerosakan dan punca perpecahan dalam masharakat. Ahli politik gila kedudukan lebih gemarkan kuasa tanpa peduli aturan, fitnah dan ugutan saling menguasai keadaan malah tidak pernah dianggap aktiviti sosial yang tidak sihat.

Saya fikir, kita semua rakyat Malaysia dengan sikap setia perlu saling membantu menjana kesedaranmembela yang lemah melarat dan menangani pemberontakan jiwa anak-anak muda. Bayangkan, bolehkah Kerajaan atau Pembangkang yang sedang mengalami kejayaan berpenyakit merawat masharakat..? Percayalah..! Revolusi Etika adalah kualiti yang  sangat bernilaisejak terbit fajar ketamadunan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.