Ahad, 29 September 2013

AMALAN KEBAIKAN

Suatu filem yang menyoal tentang idea dan emosi. Terkadang ada limpahan kebaikan tetapi masharakat terbanyak tidak memahaminya.

# Keadaan Tatasusila Haekal / Synagogue Seperti Anak Kecil Yang Tidak Bertudung, Memakai Kasut Serta Penggunaan Kerusi Ketika Beribadah Mungkin Kesilapan Yang Tidak Disengajakan, Ambil Pesannya...

Ini pautan di YouTube


Jumaat, 27 September 2013

KONFLIK MELODI


Pernah suatu ketika,
Jantung berdetak debar bergembira,
Do'a terkabul akar sebenar,
Jiwa bergerak dari suatu hasrat kepada cita-cita.

Bibir mula bersenandung tanpa syak walau tersentak-sentak duka,

Membawa kefahaman baru, kesedaran baru, kekesesalan yang tiada pilihan,
Sering mencari ruang kosong untuk membaris melodi,
Kekok, tulus malu juga kadang naik dan turun sendiri.

Terpaksa menggaya leret tiruan di wajah,

Tiba-tiba sesuatu yang dalam seperti mengajak pergi ke tempat sunyi,
Katanya ini masa yang baik, untuk melahirkan rasa kebersamaan,
Sehingga terlupa melodi, berubah melodi, berkonflik sendiri...

Namun lebur rasa seakan mula memahami,

Melodi ini mudik perlahan ke lubuk hati.

(Khamis, 6 Rejab 1434. Pinggir Kota Kuala Lumpur)

Selasa, 24 September 2013

BANGKIT SENDIRI

Akan sampai saatnya saya akan tiada lagi di dunia tetapi dalam usaha menikmati hari-hari mendekat yang bersisa ini saya perlu menyedari bahawa kehidupan hanya mimpi yang enak seketika. Jadi untuk cita-cita yang membahagiakan, saya perlu mengubah nilai kehidupan dan ini bukanlah 'pepatah' yang baharu tetapi ianya perlu diulang berkali-kali kerana itu membantu minda ini berfikir lagi... Lagi... Dan lagi. 

Suatu ketika saya tertanya-tanya juga, ketika berhadapan hal yang sulit bersendirian lalu meletakkan jiwa ini menjadi saksi untuk semua hal itu... Semua hal yang terbenteng didalam mimpi dan sulit didekati untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan.

Ya... Seperti ada yang sedang menyedarkan saya untuk keluar dari mimpi, memberi jawapan agar mengasihi & menghargai diri supaya semekar bunga yang mengindah alam namun ada juga sinisnya disisi...

Saya perlu berdo'a... Memohon cinta yang peduli, perdamaian hidup dari Tuhan & pemahaman. Semoga cahaya bersinar dan memberi kekuatan.

Sabtu, 21 September 2013

MENGENAI SUATU DONGENGAN

Isu mengenai ajaran Syi'ah khususnya dari aliran Imam Dua Belas atau lebih dikenal sebagai Mazhab Ja'afari sejak beberapa ketika ini cukup hangat diperkatakan kalangan rakyat, dibakar pula oleh sentimen Mazhab oleh manusia-manusia yang hanyut dalam arus tersebut. Sejak dari dahulu lagi ketika saya mengikuti pengajian 'Kitab Kuning' secara talaqqi  oleh beberapa Tok Guru maka akan sampai pada bab yang membahas mengenai Aqidah yang benar lalu diungkapkan dengan kesungguhan hujjah bagi meletak banding diantara banyak pecahan aliran didalam Islam aqidah siapa yang diperakui sah disisi agama, lalu terbitlah pelbagai jenama aliran untuk diperhalusi melalui sumber-sumber yang dipercayai. Syukur kepada Allah Ta'ala kerana menganugerahkan saya Pengasuh Agama yang rata-ratanya jujur dalam usaha mencerdaskan pemikiran anak murid mereka ini.

   Urmh..! Saya sebenarnya tidak gemar untuk menulis mengenai Syi'ah ini tetapi melihat kepada kekeliruan semakin kusut faham maka saya tulis sedikit pendapat yang mungkin 'tak senada dengan para pembaca sekalian,

maka beginilah...

   Tanpa mengira apa jua jenis media termasuk laman maya serta puluhan entah ratusan Ceramah, Forum atau Seminar kini lebih tertumpu kepada siaran pendoktrinan demi menjelas perlunya menentang keberadaan Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asy'ariyyah (khususnya) di tanah air ini sedang rancak direncanakan. Dari pemerhatian saya apa yang jelas sedang berlaku ialah pembunuhan hak-hak toleransi yang mana Islam anjurkan kepada dunia.

   Berdasarkan pengalaman saya mengikuti beberapa siri majlis sebegini termasuklah ketika menatap laporan akhbar cetak mahupun elektronik dan secara maya, hanyalah kebosanan menemani diri ketika berada dalam keadaan tersebut. Masakan tidak sedemikian, mereka golongan agamawan dan pengikut mereka memperkatakan persoalan zahir tentang pokok aqidah & cabang-cabang agama dengan panduan Maulana Google dan seumpamanya...

   Menyamakan keseluruhan cabang-cabang ajaran Syi'ah, menokok tambah, mengungkapi hujjah bersumber kitab-kitab palsu, menyuruh untuk menyampaikan berita-berita tuduhan yang tidak sahih langsung tidak membantu sebenarnya.

   Islam menggariskan tatacara terbaik samada berhadapan secara akademik, dialog atau diskusi dan jika perkara semacam ini masih berterusan maka selayaknya dinamakan 'Upacara Pembodohan' serba penuh kebencian yang mana akan memperkukuh kesungguhan di satu pihak yang lain. 'Kan..?

   Sudah saatnya kita menyedari untuk memperbaiki masalah kita dan benar-benar melihat di cermin betapa kita telah jatuh dalam karya sejarah yang hendak dilukai musuh-musuh Islam dan lagak-lagak manusia proksinya.


Tidak Sunni Tidak Syi'ah, Hanya Islam..!

Jumaat, 20 September 2013

KONFLIK MELODI


Pernah suatu ketika,
Jantung berdetak debar bergembira,
Do'a terkabul akar sebenar,
Jiwa bergerak dari suatu hasrat kepada cita-cita.

Bibir mula bersenandung tanpa syak walau tersentak-sentak duka,

Membawa kefahaman baru, kesedaran baru, kekesesalan yang tiada pilihan,
Sering mencari ruang kosong untuk membaris melodi,
Kekok, tulus malu juga kadang naik dan turun sendiri.

Terpaksa menggaya leret tiruan di wajah,

Tiba-tiba sesuatu yang dalam seperti mengajak pergi ke tempat sunyi,
Katanya ini masa yang baik, untuk melahirkan rasa kebersamaan,
Sehingga terlupa melodi, berubah melodi, berkonflik sendiri...

Namun lebur rasa seakan mula memahami,

Melodi ini mudik perlahan ke lubuk hati.

(Khamis, 6 Rejab 1434. Pinggir Kota Kuala Lumpur)

Isnin, 16 September 2013

AZIMAT BERSIKAP

Redup petang Isnin 16 September, sepatutnya waktu-waktu begini saya sedang mempersiapkan diri menanti waktu Shalat Maghrib selepas selesai mengikuti jadual pembelajaran harian yang bermula sejak awal pagi tetapi ruang kelapangan diizin Tuhan seisi cuti sambutan Hari Malaysia yang dirasakan saya elok ‘dicuri’ sedikit waktunya untuk menulis kata-kata serpihan hati terhadap huraian sejarah sosial yang ditampal plaster bagi merawat  koyakan luka  besar ke atas negara bangsa.

Bagaimana saya mahu memulakan tulisan mengenai rasa luhur ini terhadap petaka dinegara konon Merdeka, Malaysia..? Masalahnya bukan apa-apa melainkan hanya memerlukan penjelasan yang penuh ketelitian. Jika akhirnya terdapat kerosakan fakta, maka didalam perkara itu akan muncullah samaada pendustaan atau pertelingkahan yang ‘tak berkesudahan dan tambah mengelirukan misalnya.

     Saya akan memulainya dengan kepastian bahawa apa yang saya katakan petaka berakar kepada akibat sejarah yang haus wawasan, pucat, kelu dan ia menafikan kebenaran yang berhak berharmonis bahkan tanda-tanda itu tepatnya belum cukup mendatangkan sifat-sifat hakikat seiring. Difahami atau tidak oleh kita sendiri, maka biar sahaja ia lebur didalam sanubari masing-masing sehingga suatu saat ketika kita duduk berfikir Tuhan akan mencerahkan tentang apa yang disebut saya tadi.

     Pelbagai petaka semakin merapat dan sukar dihambat erti yang melaksanakan kebaikan kerana kita sering menjadikan petaka tersebut sebagai ejekan lalu pada masa yang sama Malaysia setiap kali fajar  memunculkan diri akan terdengar telinga kita suara aneh kaum penindas melalui lidah berdanur kata tulus perkelahian akhlak yang membenam  potensi serta keistimewaan kita sebagai insan. Tragedi khayali ini membalikkan kita ke bawah dengan hina dan menjadi tunjang kematian rasa dengan penuh ketakjuban.

     Sekarang mari kita perhatikan huruf-huruf ungkapan hati tadi yang bergumam dengan kandungan buah fikir saya agar kita tahu mengapa demikian. Dimaksudkan dengan keterpaksaan kita menerima ulangan sejarah untuk menganggapnya sebagai kecelakaan bangsa. Saya permasalahkan ialah kita sebagai orang-orang berakal menaruh minat untuk melihat kepada kesepakatan yang selalu diperselisihkan, tanyakan pada diri kita... Dengan cara ini terjawablah seputar modal puak-puak reaksioner, dan ianya bukan paksaan untuk memahami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.