Jumaat, 31 Ogos 2012

MERDEKA: BANGKIT SEPANJANG SEJARAH

Selamat Hari Merdeka:
  

Assalamu’alaikum wa Rahmatullah,
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim...
Allahumma Shalli 'ala Mohammed wa Aale Mohammed.

Hari ini kita menyambut Hari Merdeka ke 55 Malaysia dengan nama sebelumnya Tanah Melayu dan Malaya (31 0gos 1957 - 31 0gos 2012). Perdana Menteri Malaysia yang pertama Abdul Rahman Putra bertindak sebagai penyambutnya dari tangan penjajah British.

Berdasarkan sejarah yang benar, usaha memerdekakan bangsa dan tanah air tercinta kita ini dipusakai para pejuang tulen turun temurun sejak Portugis menakluki Melaka 1511 lagi. Kita tidak boleh menafikan jerih perih perjuangan air mata & darah para pahlawan rakyat dari segenap aliran, berbilang kaum serta agama.

Perlu diakui bahawa perubahan memerlukan masa, namun saya peribadi melihat banyak perkara yang dilakukan kuasawan masakini seolah melemahkan idea-idea baru dalam mengubah fikrah rakyat keseluruhannya.

Konflik kepentingan politik semakin membatasi hak rakyat, corak kehidupan rakyat perlu diperbetulkan ke arah yang lebih baik diiringi proses pendidikan yang memainkan peranan penting dan sesuai dengan anjakan zaman.

Bangkit rakyat, kita galas tugas perjuangan baru, lunaskan hasrat mereka pejuang terdahulu sehingga segala harapan terlaksana dengan kemajuan budi pekerti yang merdeka..!

Rabu, 22 Ogos 2012

MEMO HARI AL-QUDS



MEMORANDUM HARI AL-QUDS
28 RAMADHAN 1433H / 17 OGOS 2012
KUALA LUMPUR
BISMIHI TA’ALA


Sekali lagi rahmat Tuhan meliputi seluruh umat Islam dan "Hari al-Quds Sedunia" sudah menjelang di penghujung bulan ibadat dan bulan tetamu besar ini.

"Hari al-Quds Sedunia" merupakan peringatan daripada al-Marhum Imam Khomeini, seorang penggerak umat di zaman mutakhir. Ketika dunia Arab sudah menjadi lesu dan berputus asa, para pengkhianat negara Islam termasuklah pemimpin pergerakan Palestin (Fattah-PLO) berkata:"Sesungguhnya Israel benar-benar wujud, hendaklah kita menerimanya", Imam Khomeini menyeru perlawanan dan visi Palestin dihidupkan kembali.

Nama yang diaspirasikan oleh al-Marhum ini disambut baik oleh umat di seluruh dunia di samping memusnahkan rancangan pengkhianat, malah pihak Zionis juga turut kecewa dalam menakluki seluruh Palestin dan mengyahudikan al-Quds. Prestasi regim Zionis dalam segenap dimensi keamanan, sistem pemerintahan, politik, ekonomi, kemasyarakatan juga menjadi tidak stabil dan merosot.

Jangan kita lupa bahawa kemenangan tiada tolok bandingnya HIZBULLAH dalam peperangan 33 hari dan kemenangan perlawanan penduduk Gaza (Kerajaan HAMAS) dalam perang 22 hari, semua berasal dari pencapaian Hari al-Quds Sedunia. Hari ini juga proses pengislaman dunia dan gelombang kebangkitan Islam merupakan penerusan gerakan Imam dalam membela al-Quds dan kedaulatan umat Islam. Perlawanan yang cemerlang ini menyebabkan penyangak dunia melepaskan dendam mereka terhadap negara Syria dengan menumpahkan darah penduduk awam. Serigala luka sedang  menyumbangkan kehancuran Amerika, Israel dan regim Zionis yang dengan menghadapi kejatuhan.

Namun hendaklah dikatakan:

الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ
 
“Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa dari agama kamu. Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.”
(al-Maidah ayat 3)

Oleh itu Palestin dan umat Islam tidak perlu gentar pada pihak musuh. Ini disebabkan mereka yang ingin menghapuskan kesan Islam dan perlawanannya di Palestin, Lubnan, Syria, Iraq dan Mesir jatuh secara hina dengan berkat darah para syuhada' Moqawama.

Sempena ulang tahun hari besar ini marilah kita mengajak umat Islam di seluruh dunia agar menyertai demonstrasi yang penuh gilang gemilang ini disamping mengisytiharkan pembelaan terhadap perlawanan pembebasan dalam menghadapi regim Zionis.

Hari al-Quds Sedunia adalah hari kesetiakawanan umat Islam dalam menghadapi penjajah dan golongan zalim, iaitu Amerika dan Israel. Semoga visi perpaduan umat, perayaan kemenangan Palestin, pembebasan al-Quds dan solat berjemaah di kiblat pertama umat Islam menjadi kenyataan.

Ahad, 19 Ogos 2012

LEBARAN HARI INI



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim,
Allahumma Shalli 'ala Mohammed Wa Aale Mohammed.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil Hamd..!

"Membelai jiwa tercium aroma cinta
Bayang-bayang rindu Ramadhan mula hiasi beranda
Warna-warna canda pahala yang jauh disana
Terngiang suara Qari merdu membisikkan kata
Penuhi ruang angkasa jiwa bertakbir Raya
Harapan insan menimbus becak dosa"

Buat para teman seperjuangan, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan & kenalan yang dikasihani. Rasulullah s.a.w didalam 1 riwayat menceritakan bahawa dengan perginya Ramadhan seolah-olah musibah buat umat, ini kerana Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan maghfirah dan keampunan Allah untuk mengadap ke hadrat-Nya.

Oleh itu saya manfaatkan detik 1 Syawal 1433H ini dengan mengucapkan Selamat Hari Raya ‘Eidul Fitr. Maaf Zahir dan Batin atas khilaf serta dosa.

Taqabballahu Minna Wa Minkum Wa Ja’alana Minal ‘Aidin Wal Faizin

... Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan ...

- Mushthafa Kamal (Komrad Rakyat) & seisi keluarga.

Rabu, 15 Ogos 2012

AGENDA PERPADUAN ISLAM



Klik Link untuk ke YouTube.

Sebagaimana kita maklum, setiap Juma'at terakhir Ramadhan adalah Hari Al-Quds Antarabangsa yang telah dinspirasikan oleh Pemimpin Revolusi dan Pengasas Republik Islam Iran Imam Khomeini (q.s). Juma'at tersebut adalah simbol solidariti dan kesatuan umat Islam sedunia didalam menentang penjajahan Zionis ke atas bumi suci Palestin.

Jom kita hentikan polemik murah ciptaan musuh Islam dengan menghidupkan pemikiran tentang betapa pentingnya Hari Al-Quds Antarabangsa ini terhadap 'Perpaduan Kaum Muslimin' di segenap penjuru dunia. Jangan kita sendiri yang menguburkan idealisme Kebangkitan Islam yang mana telah dijanjikan Allah s.w.t.

Beri penelitian pada rakaman ini, DR. Tariq Ramadan membicarakannya bersama Presiden Majlis Ulama' Syi'ah Eropah Sayyed Ali Raza Rizvi.

Jumaat, 10 Ogos 2012

MERDEKA AL-QUDS..!

Lupakanlah, Pembebasan Al-Quds itu..! Jika kamu bosan mendengar. Lupakan sahaja, seperti masharakat kafir yang melupakannya...


(Selepas Shalat Juma'at)
Bismi Rabbish Syuhada' Wassolihin,
Saya ingin mencuit hati anda tentang rintihan kiblat pertama umat Islam yang terlupakan. Disebalik  celah-celah fitnah, mari kita sedarkan qalbu hati nurani agar segera memahami sikap sebenar musuh-musuh Islam terhadap kealpaan ummah. Umat Islam harus memandang dengan keraguan dan curiga kepada orang-orang yang menampakkan keIslaman dirinya tetapi didalam masa yang sama meredhai kejahatan golongan kuffar.

Pada satu ketika, mungkin kita meragui seruan ini dan membuat keputusan untuk turut sama memalingkan wajah seterusnya melupakan segala tuntutan agama hasil daripada kemunculan dakyah kelompok-kelompok tertentu yang mencipta fitnah dahsyat terhadap agama Islam sehingga mampu memesongkan fikiran sesama kita. Oleh itu, tundukkan kepala kita sebentar untuk memberi peluang bertafakkur mengenai kefahaman kita...

Berdasarkan pengetahuan saya, memang ada sebahagian daripada kita pernah menyumbang sesuatu untuk menyempurnakan agenda memerdekakan Al-Quds seperti menjadi sukarelawan, berinfaq, bersedekah dan membekalkan ubat-ubatan tetapi tindakan protes dan demonstrasi ini mempunyai suatu nilai luar biasa sebenarnya, ianya adalah petunjuk jelas mobilisasi kebangkitan Islam apabila dilihat dari satu sudut yang agresif. Catatan sejarah menunjukkan betapa aksi sebegini menuntut keikhlasan malah nilai pengorbanan yang tinggi apatah lagi unjuk rasa ini diadakan pada setiap Juma'at terakhir Ramadhan disaat kita sedang menahan lapar dan dahaga.

 


Semangat kepahlawanan pejuang-pejuang Badr Al-Qubra pasti terasa dan saya berharap ia lebih daripada perhimpunan biasa yang menyatupadukan seluruh inspirasi kebangkitan Islam itu sendiri dalam menentang segala bentuk kebathilan dengan kehadiran jiwa raga kita secara sedar. Kitalah di kalangan revolusioner yang benar jika dapat menghadirkan diri ke program manifestasi cinta Keadilan Illahi ini atau sekurang-kurangnya menghulurkan senjata kepada yang hadir iaitu dengan berdo'a agar perhimpunan ini menjadi harapan terhadap redha Allah s.w.t ke atas kemenangan Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.