Jumaat, 10 Ogos 2012

MERDEKA AL-QUDS..!

Lupakanlah, Pembebasan Al-Quds itu..! Jika kamu bosan mendengar. Lupakan sahaja, seperti masharakat kafir yang melupakannya...


(Selepas Shalat Juma'at)
Bismi Rabbish Syuhada' Wassolihin,
Saya ingin mencuit hati anda tentang rintihan kiblat pertama umat Islam yang terlupakan. Disebalik  celah-celah fitnah, mari kita sedarkan qalbu hati nurani agar segera memahami sikap sebenar musuh-musuh Islam terhadap kealpaan ummah. Umat Islam harus memandang dengan keraguan dan curiga kepada orang-orang yang menampakkan keIslaman dirinya tetapi didalam masa yang sama meredhai kejahatan golongan kuffar.

Pada satu ketika, mungkin kita meragui seruan ini dan membuat keputusan untuk turut sama memalingkan wajah seterusnya melupakan segala tuntutan agama hasil daripada kemunculan dakyah kelompok-kelompok tertentu yang mencipta fitnah dahsyat terhadap agama Islam sehingga mampu memesongkan fikiran sesama kita. Oleh itu, tundukkan kepala kita sebentar untuk memberi peluang bertafakkur mengenai kefahaman kita...

Berdasarkan pengetahuan saya, memang ada sebahagian daripada kita pernah menyumbang sesuatu untuk menyempurnakan agenda memerdekakan Al-Quds seperti menjadi sukarelawan, berinfaq, bersedekah dan membekalkan ubat-ubatan tetapi tindakan protes dan demonstrasi ini mempunyai suatu nilai luar biasa sebenarnya, ianya adalah petunjuk jelas mobilisasi kebangkitan Islam apabila dilihat dari satu sudut yang agresif. Catatan sejarah menunjukkan betapa aksi sebegini menuntut keikhlasan malah nilai pengorbanan yang tinggi apatah lagi unjuk rasa ini diadakan pada setiap Juma'at terakhir Ramadhan disaat kita sedang menahan lapar dan dahaga.

 


Semangat kepahlawanan pejuang-pejuang Badr Al-Qubra pasti terasa dan saya berharap ia lebih daripada perhimpunan biasa yang menyatupadukan seluruh inspirasi kebangkitan Islam itu sendiri dalam menentang segala bentuk kebathilan dengan kehadiran jiwa raga kita secara sedar. Kitalah di kalangan revolusioner yang benar jika dapat menghadirkan diri ke program manifestasi cinta Keadilan Illahi ini atau sekurang-kurangnya menghulurkan senjata kepada yang hadir iaitu dengan berdo'a agar perhimpunan ini menjadi harapan terhadap redha Allah s.w.t ke atas kemenangan Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.