Ahad, 11 November 2012

SEMANGAT HARI SYUHADA'

Penulis dilahirkan lewat 80-an, hanya mampu mendengar atau menatap rekod video peristiwa 19 November 1985. Pelbagai versi samada pro & kontra. Pernah juga penulis membeli VCD rakamannya di tempat ceramah tetapi dihilangkan oleh seorang rakan yang meminjamnya kerana seakan tidak dapat menerima hakikat, katanya peristiwa itu satu percubaan dari pihak yang dibunuh untuk menumbangkan sistem beraja di tanah air tercinta ini.

Ah... jauh meleset pemahaman rakan penulis, tanpa kaji selidik pun masih gagahkan diri dengan sangkaan yang tidak berasas sedangkan sudah ramai yang tahu keadaan sebenar tetapi kini sejarah 19 November 1985 makin terlupakan termasuklah adiwira yang mengaku kononnya penerus cita-cita nurani mereka yang dibunuh itu. 

Bagi kebanyakkan pemimpin sekarang mereka tidak memahami perkara dasar tindakan Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya & para pengikutnya, ada juga faham tetapi tersungkur di kaki lima penjajahan idealisme.
Kesebatian semangat para Syuhada' Memali hanya diterima sebagai simbolis palsu tanpa penyertaan sama jiwa pemberani mereka bagi menghadapi ujian-ujian yang sangat getir & sepayah mereka yang dibunuh. Memadaikah kita saban tahun sekadar memperingati tarikh tersebut dengan ceramah politik serentak dengan itu meminta-minta sedekah daripada hadirin...?
Minda kononnya pejuang ini terhijab kepentingan dimana ia mampu menggerakkan masharakat sedar untuk sebuah tujuan...
Dan apakah 'derma jihad' tersebut betul benar di infaqkan kepada mereka yang berhak keatas wang-wang tersebut..? Kita boleh mentafsir dengan pelbagai tafsiran kemana perginya sumbangan tersebut selama ini tetapi berbaliklah kepada kesempurnaan hujjah dengan pembuktian yang nyata. Sebuah aksi songsang sehingga melahirkan tokoh-tokoh haprak, tidak lagi mampu menjadi pembela para mazlumin.

Drama perkhabaran jenis apa kita mahukan sebenarnya dari natijah yang sedang berlaku..?
Seumpama hanya menunggu Sang Penyelamat yang dijanjikan gayanya dengan menolak titah Tuhan yang hakiki, 

وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

"Janganlah kamu campur-adukkan antara kebenaran & kebatilan, & kamu sembunyikan yang benar padahal kamu mengetahuinya"
( Surah Al-Baqarah : Ayat 42 ).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.