Isnin, 16 Julai 2012

PESAN RUH


Tanpa kesedaran Politik, Aktiviti Kebudayaan seperti tidak dibumikan.
Tanpa jejak Kebudayaan kesedaran Politik pula menjadi Hilang.

Khamis, 12 Julai 2012

KESYAHDUAN DALAM JEMU + AN


Tidak ada apa-apa yang istimewa dengan perkembangan demokrasi Malaysia. Majoriti rakyat yang peka semakin jemu... Bosan dengan lembaga besar kononya pembela rakyat terbanyak. Umno-BN yang sering lupa diri, dilihat masih gagal menyelesaikan masalah dengan tuntas dan Pakatan Rakyat yang anti klimaks, seolah-olah takut atau segan dengan perjuangannya.



Malaysia, sistem politiknya usang... konsep gerak tadbir kuasawan jumud dan seakan mati pucuk..! akhlak politikus bankrap dengan gaya Machiavelli yang berjaya membolosi jiwa-jiwa kebanyakan pejuang.




Idealisme anak muda dibatasi luapan pangkat dan nama, malah ada yang hanya dibaluti pakaian bersih seakan Nabi.... Harapan rakyat dipacu, dipertonton laju konservatif tua dengan sempurna.




Sayang..! Suara Masharakat Sedar yang inginkan perubahan mutlak didiamkan dengan perhiasan sinis... ini 'si bughah'..! Dengarlah..! Aku tahu bahawa bukan semua rakyat ini biadap dengan permintaan murninya...

Selasa, 10 Julai 2012

JANGAN UJI AKU

Dalam doa Imam Husein Ibn Ali s.a diriwayatkan;



«اللَّهُمَّ لَا تَسْتَدْرِجْنِي بِالْإِحْسَانِ وَ لَا تُؤَدِّبْنِي بِالْبَلَاءِ.»



"Ya Allah! Jangan Kau uji aku dengan kebaikan dan jangan kau seksa aku dengan bala' [bencana]"





Ayatullah Mujtaba Tehrani dalam hujjahnya bagi menjelaskan do'a dari Imam Hussein r.a itu: "Termasuk di antara cara yang digunakan Allah s.w.t untuk menguji hamba-Nya adalah dengan memberikan nikmat dan kebaikan. Beginilah cara Allah s.w.t menguji hamba-Nya, baik dengan melimpahkan nikmat atau dengan mencabut nikmat-Nya. Dalam kedua keadaan itu, Allah s.w.t sedang menguji. Salah satu makna istidraj (ujian dengan memberi nikmat) adalah sedemikian."

Dalam sebuah riwayat dari Imam Ali Zainal Abidin s.a disebutkan bahawa tentang masalah istidraj, beliau mengatakan, "Jika Allah melimpahkan nikmat-Nya kepadamu dan kau lupa untuk bersyukur, maka untuk kali kedua Allah s.w.t akan kembali melimpahkan nikmatnya untuk menguji apakah kau akan mensyukurinya atau kembali kau lupa bersyukur. Jika kau masih tidak mensyukuri maka Dia akan kembali mengujimu." Sungguh ujian yang luar biasa..! Seperti ini Allah s.w.t menguji. Ini yang dimaksud dengan istidraj; nikmat yang melimpah ruah serta pengabaian kesyukuran.

Dalam do'a Imam Hussein r.a ini disebutkan agar Allah tidak menguji hamba dengan istidraj. Yakni, ya Allah..! Aku tidak menginginkan nikmat yang aku lupa mensyukurinya. Ingat, do'a ini sangat penting!

Di bahagian kedua dalam do'a Imam Hussein r.a disebutkan, "dan jangan Kau siksa aku dengan bala' (bencana)." Jika seandainya kita gagal dalam melalui ujian, maka apa yang akan dilakukan Allah s.w.t terhadap kita? Jika seorang anak melakukan kesalahan, apa yang harus dilakukan terhadapnya? Memberinya peringatan atau menghukumnya.

Imam Hussein r.a berkata,"Ya Allah, jangan Kau siksa aku dengan bencana!"Maksudnya adalah, jika aku berbuat khilaf, maka jangan Kau seksa aku dengan petaka. Kerana aku tidak  kuat menahan seksa-Mu...


Sumber : IRIB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.