Sabtu, 21 September 2013

MENGENAI SUATU DONGENGAN

Isu mengenai ajaran Syi'ah khususnya dari aliran Imam Dua Belas atau lebih dikenal sebagai Mazhab Ja'afari sejak beberapa ketika ini cukup hangat diperkatakan kalangan rakyat, dibakar pula oleh sentimen Mazhab oleh manusia-manusia yang hanyut dalam arus tersebut. Sejak dari dahulu lagi ketika saya mengikuti pengajian 'Kitab Kuning' secara talaqqi  oleh beberapa Tok Guru maka akan sampai pada bab yang membahas mengenai Aqidah yang benar lalu diungkapkan dengan kesungguhan hujjah bagi meletak banding diantara banyak pecahan aliran didalam Islam aqidah siapa yang diperakui sah disisi agama, lalu terbitlah pelbagai jenama aliran untuk diperhalusi melalui sumber-sumber yang dipercayai. Syukur kepada Allah Ta'ala kerana menganugerahkan saya Pengasuh Agama yang rata-ratanya jujur dalam usaha mencerdaskan pemikiran anak murid mereka ini.

   Urmh..! Saya sebenarnya tidak gemar untuk menulis mengenai Syi'ah ini tetapi melihat kepada kekeliruan semakin kusut faham maka saya tulis sedikit pendapat yang mungkin 'tak senada dengan para pembaca sekalian,

maka beginilah...

   Tanpa mengira apa jua jenis media termasuk laman maya serta puluhan entah ratusan Ceramah, Forum atau Seminar kini lebih tertumpu kepada siaran pendoktrinan demi menjelas perlunya menentang keberadaan Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asy'ariyyah (khususnya) di tanah air ini sedang rancak direncanakan. Dari pemerhatian saya apa yang jelas sedang berlaku ialah pembunuhan hak-hak toleransi yang mana Islam anjurkan kepada dunia.

   Berdasarkan pengalaman saya mengikuti beberapa siri majlis sebegini termasuklah ketika menatap laporan akhbar cetak mahupun elektronik dan secara maya, hanyalah kebosanan menemani diri ketika berada dalam keadaan tersebut. Masakan tidak sedemikian, mereka golongan agamawan dan pengikut mereka memperkatakan persoalan zahir tentang pokok aqidah & cabang-cabang agama dengan panduan Maulana Google dan seumpamanya...

   Menyamakan keseluruhan cabang-cabang ajaran Syi'ah, menokok tambah, mengungkapi hujjah bersumber kitab-kitab palsu, menyuruh untuk menyampaikan berita-berita tuduhan yang tidak sahih langsung tidak membantu sebenarnya.

   Islam menggariskan tatacara terbaik samada berhadapan secara akademik, dialog atau diskusi dan jika perkara semacam ini masih berterusan maka selayaknya dinamakan 'Upacara Pembodohan' serba penuh kebencian yang mana akan memperkukuh kesungguhan di satu pihak yang lain. 'Kan..?

   Sudah saatnya kita menyedari untuk memperbaiki masalah kita dan benar-benar melihat di cermin betapa kita telah jatuh dalam karya sejarah yang hendak dilukai musuh-musuh Islam dan lagak-lagak manusia proksinya.


Tidak Sunni Tidak Syi'ah, Hanya Islam..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.