Rabu, 23 Oktober 2013

KENALI AL-GHADEER


الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذينَ كَفَرُوا مِنْ دينِكُمْ فَلا تَخْشَوْهُمْ وَ اخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دينَكُمْ وَ

 أَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتي وَ رَضيتُ لَكُمُ الْإِسْلامَ دينا

"Hari ini orang-orang kafir telah putus asa dari Agama kalian, sebab itu janganlah kalian takut kepada mereka, sebaliknya hendaklah kalian takut kepadaKu, pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kalian Agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kalian, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi Agama untuk kalian."

Selamat Kesejahteraan keatas seluruh umat manusia khususnya para Mukminin serta Muhibbin Ahl Al-Bait s.a sempena sambutan Eidul Ghadeer 18 Zulhijjah Tahun ke 1434 Hijriyah.

Banyak kalangan Muslimin mengiyakan sahaja bahawa Perayaan Ghadeer Khum ini semata-mata hanya diraikan oleh pengikut Syi'ah serta beberapa aliran lain sedangkan hari ini adalah hari untuk semua umat manusia tentang penyempurnaan Islam sebagai agama Tuhan Yang Maha Esa.

Peristiwa yang disaksikan oleh lebih kurang 120.000 Sahabat mendengarkan Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W saat kesempurnaan Islam ini diantara Kota Makkah dan Madinah turut tercatat di dalam rekod Hadith-hadith yang sangat kukuh riwayatnya tanpa ada sesiapa boleh melakukan sanggahan.

Maka adalah wajar wujudnya suatu pertanyaan apakah nilai 'sempurna agama' ini hanya layak disenandungkan ayat Allah sahaja tanpa bersungguh-sungguh menyambutnya..?

Melaksanakan ayat-ayat Tuhan tentunya bertujuan untuk mengharapkan keredhaan-Nya dan dalam waktu yang sama perlu kita fikirkan, apabila diturunkan ayat tentang pengharaman arak, arahan bershalawat dan lain-lain kita akan menuruti kemudiannya. Maka keadaan ini menuntut perhatian penuh seluruh umat Islam yang sepakat bersetuju mengatakan Hari Raya 'Eidul Fitr atau 'Eidul Adha disambut sebagai hari kemenangan, oleh itu kenapa tidak dengan Hari Sempurna Islam ini pula..? Bukankah hari ini juga hari kemenangan umat Islam..?

Tidak patut sebagai seorang pengecap nikmat Islam mengenepikan kewajipan untuk mengambil tahu tentang perkara-perkara dasar dan asas ajaran wahyu itu langsung beriman sesuai dengan apa yang dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. Bersikap adil terhadap ilmu itu tanda kemuliaan, nilai manusia terletak pada akalnya lalu menjadikan keinsafan sebagai manifestasi kemuliaan.

Saya hasratkan agar kita semua cakna akan ilmu yang membantu mengenalkan kepada kita bahawa Al-Qur'an adalah Kitab Terakhir yang menyempurnakan Kitab-kitab terdahulu dan Islam adalah Agama yang sempurna dengan Syariat penutup yang umum diberikan kepada semua manusia samada Arab atau Ajami serta Yahudi atau Goyyim dengan menelusuri sejarah yang benar.


Suatu Sajak Bertajuk Merahnya Merah

Merahnya merah
darah sang pejuang
yang digugah
oleh pendusta bangsa
penyempurna ketaataan sesia

Merahnya merah
darah sang pejuang
yang terbakar hatinya
oleh janji palsu belaka
menutup lara sementara

Merahnya merah
darah sang pejuang
yang tidak betah lagi
oleh omongan di ruang gusi
punca bangsa jadi pengungsi

Merahnya merah
darah sang pejuang
Dia tidak tahan lagi
Merah menjadi marah
Biar tersula demi maruah

Biar terseksa asalkan terelak padah
Biar dia meredah
dengan kesucian wajah
Tiada sekali-kali berpaling tadah
penegak umat yang sah

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
Pulau Pinang - Kuala Lumpur


22 Oktober 2013

EID AL-GHADEER MUBARAK..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.