'Eidul Adha atau di kampung halaman saya lebih dikenal sebagai Hari Raya Korban menampak wajah kembali. Perkataan 'Korban' mampu menjunjung erti penyucian, sejarah yang termaktub melalui pengorbanan ruhani Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S bukan suatu ajakan kepada zaman ini supaya mengangkat riwayat tersebut sebagai acara tahunan secara simbolik penyembelihan haiwan sahaja.
Terdahulu, Allah Azza wa Jalla 'mendatangi' Nabi Ibrahim A.S (versi moden Tafsir Al-Qur'an menyatakan ia perintah dari mimpi) sehingga kebenaran 'iman' kedua mereka diterima menurut celupan Tuhan.
Sangat menarik jika telaah ilmiyah ditekuni dengan khusyuk khususnya mengenai Islam sebagai wadah baharu sumber cinta dan kasih sayang yang mencakupi urusan kehidupan seharian manusia. Kalangan kita tentu mengetahui bahawa semua agama atau kepercayaan mempersembahkan ritual korban sesuai keyakinan masing-masing.
Persembahan korban untuk Tuhan muncul secara fitrah didalam diri manusia tetapi bayangkanlah pula betapa ramai umat Islam tersalah memahami tujuan bersemayamnya ritual penyembelihan itu didalam salah satu cara beribadah kepada Tuhan.
Asal pemaknaan Korban ialah Qurb iaitu dekat, beerti perlaksanaan ibadat ini mengiring kita agar mendekatkan diri sekaligus pasrah kepada yang Maha Agung. Antara ciri khas kaum Mukminin ialah ikhlas merelakan diri menjadi 'Khadam' yang mengisytiharkan bahawa mereka telah mendedikasikan seluruh hidup termasuk kewujudannya untuk berkhidmat demi kebenaran diatas kebaikan, kemajuan dan kebahagiaan umat.
Jangan terlewatkan ungkapan Tuhan kepada Nabi Ibrahim A.S dalam merealisasikan 'pengorbanan' diri sendiri, oleh kerana itu kita memerlukan'paksi masharakat' yang terbina kukuh menyelamatkan manusia daripada kaku akibat cenderung anti ilmiyah dengan hasrat yang sama, 'Mahdisme'.
Keterangan rekod foto:
Upacara penyembelihan haiwan korban di Kedutaan Sekretariat Pemuda Nusantara (PENA) di Cilandak, Jakarta Selatan.
Silakan menyertai saya di,
Komrad Rakyat Mushthafa Kamal Al-Hashemi,
WhatsApp: +6281212898977
BBM: 565E22ED
Email: komradrakyat@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan