Sabtu, 5 Oktober 2013

INDAH TERTUJU


Lama tidak menerpa, rama-rama... Yang terbang dalam cahaya.
Tidak kira apa dihadapan, tetap mengibas laju ke destinasinya...
Memahami disana ada rahsia.

Kita manusia tidak sempat beriktibar. Selalu begitu, meminggir sahaja.
Asyik saya mengarang kuasa hasrat hati yang telah berpadu persefahamannya.

Menyakini sebab untuk semua ini luhur dan tunggal atas asa.
Sakit, sunyi, keterpisahan suatu ketika gagal difahami bersama sepenuh hati dan jiwa jika tidak benar telitinya.

Tunduk akur tidak memahami seketika... Berfikir lagi...
Riwayat menangis berteriak dari dalam mengejutkan minda mencetus susun kata.

Saya bukan seorang Raja di muka dunia berlari mengejarnya, belum sempat sempurna takut Tuhan ambil usia...
Ada terlihat tepi diri mendadak sebelum masanya melonjak lega.

Ia adalah satu persefahaman...(!)

Sebaik sahaja perjalanan benar-benar menjadi satu dengan pengalaman yang kemudian hidup dan benar.
Maka penebusan kita kita tentunya menjadi bahagia.

Mushthafa Kamal Al-Hashemi atau Komrad Rakyat

(29 Zulkaedah 1434 / 5 Oktober 2013)


Cinta dan asa itu bukan angin selembut usikan,
Memeluk rasa dengan kedekatan jawapan,

Jiwa mandiri mengenal pengertian,

Apa itu sesat, bukan celaka apa lagi seteru keta'atan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.