Jumaat, 15 Jun 2012

DIMANA KITA..?


Saya merendah diri memerhati dengan kaca mata hati nurani, walaupun adegan yang terakam sangat meruntun jiwanamun ia begitu indah..Idea dan emosi foto ini (rekod foto dibuang) mampu membangkitkan kesedaran pada orang yang benar-benar peduli.

Lihatlah..! Bagaimana anak kecil yang terlena ini masih mampu memangku dan melindungi adiknya walaupun dengan sekadar termampu... 

Anak kecil ini menunjukkan kuasa kasih sayang dan kemahuan untuk terus hidup dan menunjukkan di mana kita telah gagal sebagai manusia, sebagai insan untuk melindungi anak-anak di sekeliling kita, biar apapun yang membezakannya dengan kita dan telah memaksa mereka bernafas dalam masharakat yang angkuh dengan peradapan palsu untuk terus hidup tetapi bisikan hati kecil anak-anak ini tetap berazam untuk terus hidup dan mereka bersama dan menjaga antara satu sama lain dengan cinta...

Gambar ini menunjukkan bahawa kita gagal untuk menawarkan kejujuran kerana mementingkan diri sendiri, ketamakan, kepedulian kita untuk politik kemewahan hidup mengatasi segala-galanya secara langsung atau tidak langsung.

Tidak terfikirkah kita tentang kata-kata Imam Hussien Ibn Ali Asy-Syahid s.a iaitu "Tuhan akan menghilangkan semua penderitaan dan kesedihan dunia dan akhirat dari hati setiap orang dikalanganmu yang membebaskan orang lain dari kesusahan serta penindasan..?"

Kita bertanggungjawab bagi sesetengah dan kebanyakan kesengsaraan mereka... Di manakah kita..? Apa yang telah kita tawarkan kepada masharakat tentang ‘peduli’..Apa yang kita akan beritahu Allah pada hari ‘esok’ apabila ditanya..?

Cuitlah hati nurani kita agar merintih dan mengakui pada Tuhan...


“Ya Ilahi, Ya Sayidi, Ya Rabbi... daku menyerah diri... daku telah melakukan kecuaian terhadap tanggungjawabku ke atas perintah-Mu... daku menzalimi diri sendiri... Ya Rabbi... kasihanilah kedhaifan hamba-Mu ini...”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.