Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Isnin, 28 September 2015

KITA PERLU BICARA


 'Eidul Adha atau di kampung halaman saya lebih dikenal sebagai Hari Raya Korban menampak wajah kembali. Perkataan 'Korban' mampu menjunjung erti penyucian, sejarah yang termaktub melalui pengorbanan ruhani Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S bukan suatu ajakan kepada zaman ini supaya mengangkat riwayat tersebut sebagai acara tahunan secara simbolik penyembelihan haiwan sahaja.

Terdahulu, Allah Azza wa Jalla 'mendatangi' Nabi Ibrahim A.S (versi moden Tafsir Al-Qur'an menyatakan ia perintah dari mimpi) sehingga kebenaran 'iman' kedua mereka diterima menurut celupan Tuhan.


Sangat menarik jika telaah ilmiyah ditekuni dengan khusyuk  khususnya mengenai Islam sebagai wadah baharu sumber cinta dan kasih sayang yang mencakupi urusan kehidupan seharian manusia. Kalangan kita tentu mengetahui bahawa semua agama atau kepercayaan mempersembahkan ritual korban sesuai keyakinan masing-masing. 

Persembahan korban untuk Tuhan muncul secara fitrah didalam diri manusia tetapi bayangkanlah pula betapa ramai umat Islam tersalah memahami tujuan bersemayamnya ritual penyembelihan itu didalam salah satu cara beribadah kepada Tuhan.

Asal pemaknaan Korban ialah Qurb iaitu dekat, beerti perlaksanaan ibadat ini mengiring kita agar mendekatkan diri sekaligus pasrah kepada yang Maha Agung. Antara ciri khas kaum Mukminin ialah ikhlas merelakan diri menjadi 'Khadam' yang mengisytiharkan bahawa mereka telah mendedikasikan seluruh hidup termasuk kewujudannya untuk berkhidmat demi kebenaran diatas kebaikan, kemajuan dan kebahagiaan umat.


 Kita sebagai sebahagian daripada umat manusia harus memberi perhatian terhadap satu hal, apakah hal itu..? Satu premis sederhana yang mendasarkan maksud istilah tersebut sehingga membentuk wujud yang memenuhi realiti dunia - Kekuatan akhlak, kesedaran dan peduli kepada ketertindasan manusia selainnya. 

Jangan terlewatkan ungkapan Tuhan kepada Nabi Ibrahim A.S dalam merealisasikan 'pengorbanan' diri sendiri, oleh kerana itu kita memerlukan'paksi masharakat' yang terbina kukuh menyelamatkan manusia daripada kaku akibat cenderung anti ilmiyah dengan hasrat yang sama, 'Mahdisme'.

Keterangan rekod foto:
Upacara penyembelihan haiwan korban di Kedutaan Sekretariat Pemuda Nusantara (PENA) di Cilandak, Jakarta Selatan.

Silakan menyertai saya di,
Komrad Rakyat Mushthafa Kamal Al-Hashemi,
WhatsApp: +6281212898977
BBM: 565E22ED
Email: komradrakyat@gmail.com

Khamis, 13 Februari 2014

HUJJAH CINTA


Cinta Untuk Semua : Kebencian Tidak Kepada Sesiapa...

Memulakan susun huruf pertama disini dengan ucap Takziah khusus bagi seluruh Muhibbin Ahl Al-Bait S.A diatas rasa duka cita mengenang Ulang Tahun wafat Sayyidah Fatimah Ma'sumah Puteri Imam Musa Ibnu Ja'afar Al-Kazim Salamullah 'Alaiha. (10 atau 12 Rabi'ul Akhir Tahun 201 Hijriyah) 

Menjalani hidup sehari-hari,
Saya melihat hampir sahaja seluruhnya pengaku Muhibbin Ahl Al-Bait S.A masih cenderung mengedepankan jawapan-jawapan berbentuk sangkaan atau tohmahan berbanding jawapan yang terletak pada suatu paras pemilikan sumber-sumber ilmiyah yang jauh lebih kukuh. Jawapan dalam berprasangka diikuti ejekan akan membatasi hujjah-hujjah kebenaran yang mana orang lain turut berhak keatas perkara yang haq kerana telah memberikan kesimpulan akhir dari sebuah persoalan, malah menjadikan persoalan itu bungkam dengan dendam.

Sikap keras kepala ini menghalang punca persoalan ditemui sekaligus meletakkan perkara ini sebagai kesalahan terbesar khalayak Muhibbin Ahl Al-Bait S.A kerana tidak memanfaatkan hujjah-hujjah ilmiyah. Disinilah makna terpenting 'Muhibbin' Ahl Al-Bait S.A dalam melakukan penelitian. Tanpa penelitian, halangan untuk meresapi pemahaman hujjah-hujjah disekeliling kita yang akan mendorong ajaran kecintaan ini untuk berkembang tersekat.

Zaman sedang bergerak laju, mungkin meninggalkan kita jika masih gagal menyedari pentingnya penelitian ilmiyyah dalam menghadapi segala kemungkinan. Mari kita berhenti menyalahkan orang lain kerana tindakan menyalahkan orang lain atas kesusahan kita tidak akan menguntungkan sesiapa.

Pengajaran ilmu-ilmu yang selama ini diperolehi kita sekadar menjadi teori melangit melalui kelas, kuliyah atau majlis lalu diangkat sebagai tajuk perbualan seharian...

Lagi, kemelut tanpa berkesudahan...

Ahad, 26 Januari 2014

CATATAN MATA KUYU

Secara bersahaja saya & seorang teman yang sudi menyahut cabaran saya berjaya selesaikan suatu perjalanan bermula jam 12.40 tengah malam dari Dataran Merdeka melalui Masjid Kampung Baru, KLCC, Bukit Bintang, Ampang Park terus ke Tasek Jelatek sehinggalah di Dewan Perdana Keramat berhadapan Stesen LRT Damai tepat jam 2.19 pagi.


Perjalanan yang jauh untuk kali yang ke berapa saya sendiri 'tak ingat tetapi memang betul ketika kita melakukan perjalanan bertujuan kerohanian atau yang seperti Unjuk Rasa BERSIH & sebagainya, saya dapat rasakan seakan ada resapan semangat untuk lasak berjuang dari apa segi.

Begitu juga ketika saya lihat setiap tahun bagaimana perarakan 3 hari berturut-turut jutaan pengikut Mazhab Syi'ah serta sebahagian Mazhab Sunnah dari Najaf menuju Karbala dalam memperingati tragedi pembunuhan Imam Hussein Asy-Syahid s.a. Tentu sahaja ketika mereka melalui perjalanan sejauh 70 kilometer itu, mereka akan melalui suatu resapan yang seperti saya maksudkan tadi atau mungkin lebih lagi.

Itu, menyebabkan saya terus bercita-cita untuk menghidupkan suatu perjalanan pula iaitu dari Kampung Memali menuju Perkuburan Islam Parit Panjang.


Mereka sebenarnya sudah dilupakan didalam angan-angan khayali kalangan kita...
Mereka terpinggir secara hina.
Kebangkitan mereka dibunuh untuk beberapa kali sebenarnya..!

Mari bersama mendukung dengan 'Like' dan 'Share' Halaman Facebook Jiwaku Syuhada' Memali

Rabu, 23 Oktober 2013

KENALI AL-GHADEER


الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذينَ كَفَرُوا مِنْ دينِكُمْ فَلا تَخْشَوْهُمْ وَ اخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دينَكُمْ وَ

 أَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتي وَ رَضيتُ لَكُمُ الْإِسْلامَ دينا

"Hari ini orang-orang kafir telah putus asa dari Agama kalian, sebab itu janganlah kalian takut kepada mereka, sebaliknya hendaklah kalian takut kepadaKu, pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kalian Agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kalian, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi Agama untuk kalian."

Selamat Kesejahteraan keatas seluruh umat manusia khususnya para Mukminin serta Muhibbin Ahl Al-Bait s.a sempena sambutan Eidul Ghadeer 18 Zulhijjah Tahun ke 1434 Hijriyah.

Banyak kalangan Muslimin mengiyakan sahaja bahawa Perayaan Ghadeer Khum ini semata-mata hanya diraikan oleh pengikut Syi'ah serta beberapa aliran lain sedangkan hari ini adalah hari untuk semua umat manusia tentang penyempurnaan Islam sebagai agama Tuhan Yang Maha Esa.

Peristiwa yang disaksikan oleh lebih kurang 120.000 Sahabat mendengarkan Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W saat kesempurnaan Islam ini diantara Kota Makkah dan Madinah turut tercatat di dalam rekod Hadith-hadith yang sangat kukuh riwayatnya tanpa ada sesiapa boleh melakukan sanggahan.

Maka adalah wajar wujudnya suatu pertanyaan apakah nilai 'sempurna agama' ini hanya layak disenandungkan ayat Allah sahaja tanpa bersungguh-sungguh menyambutnya..?

Melaksanakan ayat-ayat Tuhan tentunya bertujuan untuk mengharapkan keredhaan-Nya dan dalam waktu yang sama perlu kita fikirkan, apabila diturunkan ayat tentang pengharaman arak, arahan bershalawat dan lain-lain kita akan menuruti kemudiannya. Maka keadaan ini menuntut perhatian penuh seluruh umat Islam yang sepakat bersetuju mengatakan Hari Raya 'Eidul Fitr atau 'Eidul Adha disambut sebagai hari kemenangan, oleh itu kenapa tidak dengan Hari Sempurna Islam ini pula..? Bukankah hari ini juga hari kemenangan umat Islam..?

Tidak patut sebagai seorang pengecap nikmat Islam mengenepikan kewajipan untuk mengambil tahu tentang perkara-perkara dasar dan asas ajaran wahyu itu langsung beriman sesuai dengan apa yang dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. Bersikap adil terhadap ilmu itu tanda kemuliaan, nilai manusia terletak pada akalnya lalu menjadikan keinsafan sebagai manifestasi kemuliaan.

Saya hasratkan agar kita semua cakna akan ilmu yang membantu mengenalkan kepada kita bahawa Al-Qur'an adalah Kitab Terakhir yang menyempurnakan Kitab-kitab terdahulu dan Islam adalah Agama yang sempurna dengan Syariat penutup yang umum diberikan kepada semua manusia samada Arab atau Ajami serta Yahudi atau Goyyim dengan menelusuri sejarah yang benar.


Suatu Sajak Bertajuk Merahnya Merah

Merahnya merah
darah sang pejuang
yang digugah
oleh pendusta bangsa
penyempurna ketaataan sesia

Merahnya merah
darah sang pejuang
yang terbakar hatinya
oleh janji palsu belaka
menutup lara sementara

Merahnya merah
darah sang pejuang
yang tidak betah lagi
oleh omongan di ruang gusi
punca bangsa jadi pengungsi

Merahnya merah
darah sang pejuang
Dia tidak tahan lagi
Merah menjadi marah
Biar tersula demi maruah

Biar terseksa asalkan terelak padah
Biar dia meredah
dengan kesucian wajah
Tiada sekali-kali berpaling tadah
penegak umat yang sah

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
Pulau Pinang - Kuala Lumpur


22 Oktober 2013

EID AL-GHADEER MUBARAK..!

Ahad, 6 Oktober 2013

BAHASA CINTA


مَنْ مَاتَ عَلىَ حُبِّ اَلِ مُحَمَّد بَشَرَهُ مَلكُ الْمَوْت بِالْجَنةِ

Bersuka-suka para Muhibbin Ahl Al-Bait s.a pada Hari Cinta 1 Zulhijjah (Tahun Kedua Hijrah) ini sempena Ulang Tahun Pernikahan Siddiqah Kubra Sayyidah Fatimah Az-Zahra dan Amirul Mukminin Imam Ali Al-Murtadha s.a.

Baris demi baris memetik huruf rentetan bahasa saya, kata pujian teruntuk kepada Allah S.W.T lalu disenandungkan syair-syair indah dan biarkan burung-burung yang berterbangan di angkasa membawanya ke langit bebas melangkaui zaman dan masa…

Moga selerakan bahasa manusia yang faqir, durjana lagi lalai ini tidak disisih kerana jiwa lemah ini tidak mampu mengungkap keadilan yang ada pada kemuliaan. ‘Kota Ilmu’ Al-Mushthafa dan ‘Gerbang’ Al-Murtadha mewajah kedekatan disamping ‘Ummul Hasanain’ melahir Imam Kekasih umat manusia…

Meraih kepemimpinan dan rahmat melepas diri dari segala hubaya.

Ied Yaumul Mahabbah Mubarak

Lebur Diri Dalam Cinta,
Sederu Pesona Alir Sungai,
Sirna Pelangi Bakti Cahaya,
Pasangan Mempelai Syurga Ternilai.

Selasa, 1 Oktober 2013

RANGKAIAN NODA

Mungkin ada di dada kita ini hasrat untuk sama-sama berbakti tanpa keluh kata cuma tidak tahu bagaimana kerana sekian lama mata kita lebih banyak melihat kerosakan kerana lentur lidah yang menghiris. 

Bukan semua manusia memahami apa yang dikatakan sebagai kebenaran, perhatikan dahulu keadaannya kerana barangkali dia agak susah untuk menerima sesuatu yang baharu tambahan lagi jika hal yang mahu disampaikan itu sulit dan berat pula walaupun pada hakikat perkara itu menyentuh tentang apa yang Allah Ta'ala fitrahkan ke atas seluruh makhluknya. Ketahui, Gunung berapi 'pun akan memuntahkan laharnya apabila sudah tidak tertahan dengan cairan yang semakin memuncak sedangkan lahar itu bukankah sebahagian darinya juga, 'kan..?

Pengetahuan adalah anugerah Tuhan untuk dikongsi bersama manfaatnya, bukan untuk melapukkan lagi sejarah seseorang atau 'kalut' memperkatakan sehingga membunuh cita-cita dalam do'a serta perlakuan-perlakuan yang mendatangkan rahmat Allah Ta'ala kepada hamba-hambanya yang lain. Fahamkan diri kita terlebih dahulu dengan perlaksanaan secara bersungguh-sungguh ilmu serta peluang yang Allah Ta'ala kurniai.

Akhlak seorang pengamal ajaran yang benar sudah tentu indah kerana bersama dengannya kerendahan hati melalui rasa pedulinya terhadap sesiapapun kerana manusia ini menurut Imam Ali Al-Murtadha s.a berada didalam dua keadaan iaitu samaada saudara-saudara seagama atau saudara-saudara dalam kemanusiaan.

Sebagai hamba Tuhan, kita tidak boleh menafikan tujuan-tujuannya maka tawarkan kepada saudara-saudara kita itu jiwa dan harta, untuk musuh kita hadapkan keadilan dan kesaksamaan lalu bagi orang-orang awam suatu kegembiraan serta nikmat yang mendatangkan kebaikan.


Rumi Berkata
"... Masharakat di dunia ini tidak gemar melihat tentang apa yang mereka miliki, sebab itu mereka akan menyalahkan antara satu dengan yang lain ..."

Sabtu, 21 September 2013

MENGENAI SUATU DONGENGAN

Isu mengenai ajaran Syi'ah khususnya dari aliran Imam Dua Belas atau lebih dikenal sebagai Mazhab Ja'afari sejak beberapa ketika ini cukup hangat diperkatakan kalangan rakyat, dibakar pula oleh sentimen Mazhab oleh manusia-manusia yang hanyut dalam arus tersebut. Sejak dari dahulu lagi ketika saya mengikuti pengajian 'Kitab Kuning' secara talaqqi  oleh beberapa Tok Guru maka akan sampai pada bab yang membahas mengenai Aqidah yang benar lalu diungkapkan dengan kesungguhan hujjah bagi meletak banding diantara banyak pecahan aliran didalam Islam aqidah siapa yang diperakui sah disisi agama, lalu terbitlah pelbagai jenama aliran untuk diperhalusi melalui sumber-sumber yang dipercayai. Syukur kepada Allah Ta'ala kerana menganugerahkan saya Pengasuh Agama yang rata-ratanya jujur dalam usaha mencerdaskan pemikiran anak murid mereka ini.

   Urmh..! Saya sebenarnya tidak gemar untuk menulis mengenai Syi'ah ini tetapi melihat kepada kekeliruan semakin kusut faham maka saya tulis sedikit pendapat yang mungkin 'tak senada dengan para pembaca sekalian,

maka beginilah...

   Tanpa mengira apa jua jenis media termasuk laman maya serta puluhan entah ratusan Ceramah, Forum atau Seminar kini lebih tertumpu kepada siaran pendoktrinan demi menjelas perlunya menentang keberadaan Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asy'ariyyah (khususnya) di tanah air ini sedang rancak direncanakan. Dari pemerhatian saya apa yang jelas sedang berlaku ialah pembunuhan hak-hak toleransi yang mana Islam anjurkan kepada dunia.

   Berdasarkan pengalaman saya mengikuti beberapa siri majlis sebegini termasuklah ketika menatap laporan akhbar cetak mahupun elektronik dan secara maya, hanyalah kebosanan menemani diri ketika berada dalam keadaan tersebut. Masakan tidak sedemikian, mereka golongan agamawan dan pengikut mereka memperkatakan persoalan zahir tentang pokok aqidah & cabang-cabang agama dengan panduan Maulana Google dan seumpamanya...

   Menyamakan keseluruhan cabang-cabang ajaran Syi'ah, menokok tambah, mengungkapi hujjah bersumber kitab-kitab palsu, menyuruh untuk menyampaikan berita-berita tuduhan yang tidak sahih langsung tidak membantu sebenarnya.

   Islam menggariskan tatacara terbaik samada berhadapan secara akademik, dialog atau diskusi dan jika perkara semacam ini masih berterusan maka selayaknya dinamakan 'Upacara Pembodohan' serba penuh kebencian yang mana akan memperkukuh kesungguhan di satu pihak yang lain. 'Kan..?

   Sudah saatnya kita menyedari untuk memperbaiki masalah kita dan benar-benar melihat di cermin betapa kita telah jatuh dalam karya sejarah yang hendak dilukai musuh-musuh Islam dan lagak-lagak manusia proksinya.


Tidak Sunni Tidak Syi'ah, Hanya Islam..!

Selasa, 23 April 2013

MOHON TERASA

Seseorang itu dikira bodoh nestapa untuk memperkatakan sesuatu yang dapat memanipulasi sebarang idealisme yang dibaca tanpa ada pengkajian apatah lagi apabila mengemukakan hujjah agama secara bebal.

Menurut hemat saya tanpa ragu-ragu dan rasa berbelah bagi, tugas memberi kesedaran sosial dan politik dengan berhemah serta bermoral untuk melahirkan rakyat yang kuat dan dinamik tidak boleh dilaksanakan tanpa ada kebersamaan.

Benar, bukan semua enak-enak dalam kehidupan. Mencari makna bebas mewujudkan pelbagai pemikiran. Masharakat naif dalam kecanduan agama dipesong secara ekstrim sejak berzaman memerlukan pemurnian.


Tetapi sayang, sikap Ulama' millennium penjilat yang mengehad tatacara kehidupan memunculkan jurang serta peraturan yang begitu luas. Agamawan jenis ini merasakan hidup hanya soal Syurga dan Neraka...



Arh...


Tinggalkan perbalahan dan perselisihan antara kita, suburkan kesatuan dan perpaduan demi Kedaulatan Rakyat..! 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.