Selasa, 1 Oktober 2013

RANGKAIAN NODA

Mungkin ada di dada kita ini hasrat untuk sama-sama berbakti tanpa keluh kata cuma tidak tahu bagaimana kerana sekian lama mata kita lebih banyak melihat kerosakan kerana lentur lidah yang menghiris. 

Bukan semua manusia memahami apa yang dikatakan sebagai kebenaran, perhatikan dahulu keadaannya kerana barangkali dia agak susah untuk menerima sesuatu yang baharu tambahan lagi jika hal yang mahu disampaikan itu sulit dan berat pula walaupun pada hakikat perkara itu menyentuh tentang apa yang Allah Ta'ala fitrahkan ke atas seluruh makhluknya. Ketahui, Gunung berapi 'pun akan memuntahkan laharnya apabila sudah tidak tertahan dengan cairan yang semakin memuncak sedangkan lahar itu bukankah sebahagian darinya juga, 'kan..?

Pengetahuan adalah anugerah Tuhan untuk dikongsi bersama manfaatnya, bukan untuk melapukkan lagi sejarah seseorang atau 'kalut' memperkatakan sehingga membunuh cita-cita dalam do'a serta perlakuan-perlakuan yang mendatangkan rahmat Allah Ta'ala kepada hamba-hambanya yang lain. Fahamkan diri kita terlebih dahulu dengan perlaksanaan secara bersungguh-sungguh ilmu serta peluang yang Allah Ta'ala kurniai.

Akhlak seorang pengamal ajaran yang benar sudah tentu indah kerana bersama dengannya kerendahan hati melalui rasa pedulinya terhadap sesiapapun kerana manusia ini menurut Imam Ali Al-Murtadha s.a berada didalam dua keadaan iaitu samaada saudara-saudara seagama atau saudara-saudara dalam kemanusiaan.

Sebagai hamba Tuhan, kita tidak boleh menafikan tujuan-tujuannya maka tawarkan kepada saudara-saudara kita itu jiwa dan harta, untuk musuh kita hadapkan keadilan dan kesaksamaan lalu bagi orang-orang awam suatu kegembiraan serta nikmat yang mendatangkan kebaikan.


Rumi Berkata
"... Masharakat di dunia ini tidak gemar melihat tentang apa yang mereka miliki, sebab itu mereka akan menyalahkan antara satu dengan yang lain ..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.