Sabtu, 23 Februari 2013

KU PINJAM KOSA KATA



Semenjak lahir sehingga saat ini, Penulis lihat suasana hidup jiwa-jiwa di bumi Malaya merdeka sering sahaja menjamah fasis ilusi dari segala aspek. Hampir normal tanpa sebab-sebab pemurnian. Betapa masharakat ini semakin rendah walaupun berdiri bangkit kerana sukar mendapat petunjuk kebenaran yang sejati.

Sedikitnya golongan cendekiawan agama & golongan terpelajar yang jujur meniti jalan keikhlasan hadir ditengah lapangan kehidupan demi memperkata, memimpin seterusnya memperjuangkan sebuah hakikat.

Ya... Tidak sedikit tetapi banyak mereka terwujud ada... Malah merasa senang dengan 'rezeki' hasil dari ilmunya. Membatasi amal dengan pinjaman kata-kata yang tidak terlaksanakan ... Kosong cinta kosong perbuatannya...

#Jadi Ajarkan Saya Lebih Lanjut Mengenai Kemurnian Jujur Dahulu ...

Rabu, 23 Januari 2013

YA MUHAMMAD..!


Baginda adalah insan paling luar biasa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi ini. Nabi Mohammed s.a.w hadir mengajarkan agama Tauhid, mengasas dan membina Negara Islam pertama, mentadbir dengan berhemah serta bermoral yang dimulai dengan reformasi sosial dan politik.   

Rasullulah s.a.w melahirkan masharakat yang kuat dan dinamik untuk mengamal serta menggambarkan ajarannya dan benar-benar merevolusi dunia pemikiran manusia seluruhnya sesuai sepanjang zaman.

Dalam tempoh singkat 23 tahun kenabian, Baginda mengubah Semenanjung Arab selengkapnya yang mana selepas itu melebar wilayahnya ke seluruh pelusuk dunia.


Dari paganisme berbentuk penyembahan berhala kepada penyerahan diri bagi Allah semata-mata.

Dari perbalahan dan perang antara puak kepada kesatuan serta perpaduan nasional.

Dari kebejatan hawa nafsu kepada ketenangan dan ketaqwaan.

Dari kehidupan yang berselerak kepada hidup berdisiplin.

Dari gelita kebankrapan hidup kepada kecemerlangan moral yang tertinggi.


Sejarah peradapan manusia tidak pernah melalui usia yang singkat tentang transformasi lengkap masharakat atau tempat sebelum atau selepasnya dan bayangkanlah semua keajaiban luar biasa ini terjadi dalam hanya tempoh 2 dekad.

Ya..! Dialah Muhammad Utusan Tuhan.

Ahad, 16 Disember 2012

TRAGEDI DIRI


Dulu waktu masih berada di bangku sekolah terutamanya sekitar penghujung tahun 1990-an, Penulis difahamkan dan telah dapat merasakan kemunduran politik bangsa Malaysia sejak sekian lama setelah sering mengikuti program-program penerangan sebelum daripada itu.  Idealisme kumpulan politik bukan pemerintah dilihat lebih membara, anti korupsi, jujur memegang kebenaran malah banyak dari mereka bersih dari perkara-perkara kotor.

Secara realitinya ketempangan itu tetap wujud yang mana ada segelintir daripada pemimpin kumpulan ini yang ‘sempat’ mengambil manfaat-manfaat walaupun tidak sedikit dengan tangan-tangan yang tersembunyi seperti yang Penulis ketahui kes penyelewengan Syarikat KOHILAL, penyonglapan wang pengurusan Jemaah Haji oleh bekas Calon Parti Islam PAS di Parlimen Kepala Batas & penggelapan puluhan ribu wang ahli-ahli Parti yang disebutkan tadi didalam pelaburan bahkan lebih dari itu Penulis ketahui. Ada di kalangan mereka sedar & bangkit mengancam dengan kebenaran tetapi langsung sahaja ditendang dengan kehinaan.

Namun ketika telah masuk ke era kemenangan selepas Pilihan Raya Umum Ke 12 pada tahun 2008, ramai pula bersedap-sedap dengan sedikit harta rampasan perang maka hampir semua kelebihan serta keistimewaan yang telah di anugerahkan luntur. Makin lupakah jika dahulu perjuangan dianggap suci…

Adalah penting didalam perjuangan, diingati matlamat dasar sebagai pemukul kepada mereka yang menghidupkan tragedi untuk mengelakkan fanatisme kelompok tetapi dengan akhlak yang damai mengangkat kejahatan para penzalim pada mata masharakat agar masharakat berupaya berhadapan dengan golongan ini.

Demikian pula kita memahamkan diri bahawa selepas terjadinya pertelingkahan, apakah harus mendiamkan sahaja diri..? Atau seperti sebilangan pejuang terdahulu membataskan pergerakan mereka tanpa ada penentangan hatta menegur sekalipun dengan mengatas namakan kepentingan organisasi itu lebih penting dari menegakkan hak & menumbangkan kebatilan..?

Ingatlah wahai saudara saudari teman-teman pembaca, wajib ada pada kita walau dimana sahaja untuk menyampaikan perkara yang sebenarnya walaupun dalam keadaan lemah. Amat tidak bermaruah jika kita tidak berusaha untuk meneruskan kesedaran ini. Bersyukurlah insan-insan yang tidak tercemar oleh virus musuh. 

Semoga kita tetap terjaga kejujuran dan memegang idealisme  kebenaran.Ya Allah Ya Illahi Ya Maula, Perkenankanlah...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.