Khamis, 25 Oktober 2012

HARI BERKAT


Selamat Menyambut ‘Aidil Qurban | ‘Eidul Adha 1433 Hijriyah yang kita lewati Hari ‘Arafah sebentar tadi.

Semoga Allah s.w.t memberkati dan menerima amal kita semua pada Hari 'Arafah dan ‘Aidil Qurban yang besar ini. Jangan lupa untuk mengambil bahagian dalam detik kerohanian hari ini melalui Shalat, Do’a, Membaca Al-Qur’an, Zikir, Puasa, Sedekah, menghulurkan bantuan sesama kita serta semua perkara yang baik yang bertujuan membawa kita lebih dekat kepada Allah Tuhan Semesta Alam dan  jalan yang lurus yang ditetapkan oleh Rasulullah Mohammed s.a.w, dipimpin Ahlul Bayt s.a dan diteladani para Sahabat r.a.

Wilayah yang membawa kepada fikiran apabila setiap jiwa akan menunggupenghakiman Allah, Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan... Semangat terkenal untuk perbuatan yang mulia dan dorongan inspirasi.

Sabtu, 20 Oktober 2012

DI BALIK CERMIN MIMPI

Dengan pesanan untuk diri sendiri terlebih dahulu seterusnya kepada para teman yang dikasihi semua.

Demi mengecap sebuah kemerdekaan sebenar dan mampu bertahan dalam menghadapi karenah semasa, ayuh mulakan Revolusi dalam diri serta projekkan idealisme untuk dunia yang lebih sejahtera..!


Bangkit..! Lelaki, wanita, muda dan tua dengan resapan keberagamaan, kebangsaan serta kepelbagaian. Semaikan cinta yang kukuh agar suara hati nurani kita sebagai rakyat yang sedar terhadap rasa kemanusiaan menentang rasuah, penindasan, ketamakan, kezaliman, penghasutan politik usang, mengkayakan golongan elit untuk mendapatkan kembali hak kita.


Iaitu MERDEKA dari segala penghambaan di balik mimpi sendiri...

Jumaat, 19 Oktober 2012

65 TAHUN PERJUANGAN DEMOKRASI RAKYAT

20 Oktober 1947 - 20 Oktober 2012,
 

Cerita sejarah bangsawankah ini..? bukan… Ia sejarah antaranya berisi kesatuan rakyat menganjurkan protes seluruh Malaya terhadap Perlembagaan Federation 1946 tajaan penjajah kolonial British ketika itu serta menyokong Perlembagaan Rakyat 1947. Tindakan protes itu wajar menjadi pedoman anak muda khususnya agar dapat memikirkan bagaimana bangsa Malaysia pernah mengalami sejarah yang tidak ada solusinya…

Anak-anak muda… Jangan terlalu cepat meraih erti kesenangan dengan kamu sanggup leraikan idealisme  pada janji-janji yang palsu, bencana kemanusiaan ini harus di tangani dengan mempertajamkan ilmu baik dari segi agama, politik ataupun dari sudut pengembangan budaya. Keberanian pejuang-pejuang terdahulu yang dibenteras kebangkitan mereka wajar diambil semangatnya kembali oleh kita, biar kita sambung bahkan jangan biar seorangpun yang akan tewas lagi…

Situasi politik tanah air kita serba terbalik… Hak kita direntap untuk hanya melingkari ruang-ruang eksklusif & anti demokrasi, segala-galanya menjadi tertutup & kalis kritikan. Sistem seperti ini tidak akan mencerahkan, membebaskan & merubah kita kecuali sekali sekala para pelakon dari parti politik dengan lagak heroisme akan turun ke jalanraya…

Belajarlah lagi untuk bangkit demi kohormatan diri, bukannya membiarkan sahaja dalam kehinaan..!

Jika kita berpijak dibumi yang sama,

Pasti kau rasakan panasnya bara,
Dan begitulah kita saat dihina,
Usah tewas bangkitlah bersama. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konsep fikir yang berakar umbi ajaran yang benar. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar peduli kekitaan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.

Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebar Luas Tulis Ayat Komrad Rakyat, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Saya Juga Mengharapkan Agar Teman-teman Tidak Melupakan Saya, Seorang Durjana Dan Lalai Ini Dengan Do'a-do'a Kebaikan. Moga Diredhai Tuhan. Terima Kasih Sebanyaknya..!
Wadah penulisan maya demi menyebar dan membudayakan kebenaran serta memberi kesedaran sekaligus pemangkin kebangkitan kepada massa. Komrad Rakyat menyokong kebebasan, keadilan sosial, sikap hormat dan kesaksamaan massa sekaligus menentang segala bentuk penindasan, rasuah, ketidakadilan dan prejudis merangkumi perkara-perkara agama, politik dan sosial.